About Me

My photo
berada di atas tanah bawah langit ~ ciptaan Allah yg maha esa

Wednesday, September 10, 2014




Catatan kecil si musafirah .
Alhamdulillah .Berpeluang melawat Istana Raja Farouq di Taman Al-Muntazah, Alexandria, Mesir . Sedikit sejarah berkenaan Raja Farouq :-


Baginda adalah cucu lelaki kepada Muhammad Ali Pasha dari keturunan Albania. Ibunya rakyat Mesir. Raja Farouk belajar di Akademik Tentera DiRaja, Woolwich, England.Selepas pertabalannya, raja yang berusia 16 tahun itu membuat ucapan di radio, dengan itu menjadi raja Mesir pertama yang berucap secara langsung kepada rakyatnya.

Raja Farouk I yang masih remaja ini hanyut dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mempunyai beribu-ribu ekar tanah, berdozen-dozen istana, dan beratus-ratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancong ke Eropah untuk membeli-belah.

Ketika kesukaran semasa Perang Dunia II, Raja Farouk I kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Keputusan Raja Farouk I untuk menyalakan kesemua lampu istananya di Alexandria, manakala rakyat lain diperintah untuk memadam semua semua lampu ketika pengeboman tentera Itali-Jerman, telah menyebabkan beliau dibenci oleh rakyat jelata. Akibat penerusan penjajahan British, ramai rakyat Mesir termasuk Raja Farouk I mahu berpihak kepada Jerman dan Itali. Namun begitu Mesir kekal menyebelahi Britain.
Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israel 1948, Raja Farouk I telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser . Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan.

Raja Farouk 1 terpaksa turun takhta dan disingkirkan ke Monaco, dimana Raja Farouk 1 tinggal sepanjang hidupnya. Selepas Raja Farouk 1 disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II .
Pemerintahan beraja sebenarnya telahpun dimansuhkan. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi. Dinasti Muhammad Ali selama 150 tahun berakhir. Mesir diistiharkan sebagai sebuah kerajaan republik. Pemerintahan baru dengan segera melelong koleksi harta peninggalan dan harta dicuri yang banyak.

Thursday, February 13, 2014

BERIBADAT DALAM ISLAM

Perkataan `Manusia` itu berasal dari perkataan `nasia` yang bermaksud lupa. Fitrah manusia, setiap seseorang ada lack nye , ada kelebihan nye . Disamping menunaikan tanggungjawab kita sebagai 'abdu Allah(51:56), kita kena lah juga menjaga segala sesuatu . Jauhkan perespsi orang yang mana orang beragama ni jenis yang tak pedulikan peraturan dunia . Kalau meeting, lambat . Tak de kekemasan dalam segala sesuatu pekerjaan . Hubungan dengan manusia pun tak terjaga . How i wish i could see the orang beragama yang tak punya sikap negatif ini .  

Beribadat kepada Allah bukan lah semata-mata menyembah Allah sahaja, bukan menjalankan rukun iman yg 5 tu je, bukan buat kebajikan je , tapi maknanya jauh lg dr ini . Kalau diterjemahkan seperti ini, kita akan lihat hasilnya adalah masyarakat yg tidak produktif a.k.a miskin . So sad, rightio ?

Semua peraturan-II Allah itu tertulis dalam kitab-II Nya yang suci . Taurat, Injil dn Al-Quran . Al-Quran boleh dikatakan 'buku' pedoman hidup manusia yg terakhir dn cukup sempurna .

As we know, tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat atau boleh juga dikatakan bekerja . "Dialah yang telah menciptakan kamu dari bumi(tanah), dan menjadikan kamu pemakmurnya" (11:61) . Perintah bekerja untuk memakmurkan bumi sudah diperintahkan sebelumnya oleh Allah kepada Nabi Adam yang diberitahukan kepada Nabi Musa (Taurat).
God said to Adam,


Sebagai hamba Allah yg mengikut perintah, kita wajib memakmurkan dan mengolah ciptaan yang Allah sediakn buat kita dengan baik . Siapa yang tak ikut perintah Allah ini, mereka tetap hidup seperti orang-II yang tinggal dalam kota tetapi tidak produktif . Tetap miskin, tidak mempunyai ilmu dan just go on with their life. Oh Allah . Hidup bermalas-malasan dan bersantai-santai . For them, hidup is just makan secukupnya and then when they grow up, became man or woman . Get married, pregnant, get a heirs . Do the rukun islam yang lima . That's it . Life is just not about that, friends .
"Dan kami ciptakan besi (perak, emas, aluminium tembaga, minyak dn lain-II) yg padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat untuk manusia untuk diolah, dan supaya Allah s.w.t mengetahui siapa yang menolong agamaNya (Islam) dan Rasul-II padahal Allah s.w.t tidak dilihatnya." (57:25)

Maka Allah memerintahkan untuk menuntut dan belajar bermacam-macam ilmu disiplin . Bukan belajar ilmu agama sahaja sbgaimana yg disalah ertikan oleh sebahagian golongan umat islam . 
Ramai yang mendirikan madrasah, tanpa mengajarkan ilmu disiplin kepada murid-II, sebagaimana yang terjadi di negara-II Islam spt Saudi Arabia, Pakistan, Jordan, Mesir dll . Cara begini adalah tak complete . Bakal menghasilkan produk yang tidak produktif tetapi lebih kepada konsumtif . How can we protect our religion without other ilmu ? We should renew our mind-set so that the young generation berpengetahuan could be produce . 

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara mu dan orang-orang yang menuntut ilmu pengetahuan (belajar) beberapa darjat . Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (58:11)

*Ilmu bukan untuk disimpan . Saya hanya berkongsi pengetahuan saya . Harap jika ada kesalahan, tegurlah . 

With LOVE from Cahaya Perasaan <3 font="" nbsp="">

Monday, April 29, 2013

Allah lindungi kami para mujahid ilmu -.-"


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. . .

29-04-2013 (Isnin) 02:22 a.m Malaysia.

Bila bukak facebook je, penuh wall dgn status kawan berkaitan dengan keselamatan kami di Jordan yang semakin merunsing. Katanya, pihak syiah nk serang orang sunni kat sini sbb org sini tolong bg laluan kpd org Syria untk bwk keluar msk snjata untuk org Syria.  Allahuakbar. Mula-mula terdengar berita yg Jordan bakal diserang, aku buat bodoh je krn katanya pihak Jordan ada hbgn luar dgn Israel. So, sedikit sebanyak, Jordan mungkin terselamat. Tup-II, begini pulak ceritanya. Sumber dari kawan yg duk sakan 4 :-

:: Tadi musyrifah (Miss Turfah) masuk bilik. Dia tanya kami x dengaq ka bunyi tembak-tembak. Dia bagitau masa dia kat bilik dia rasa bergegar-gegar. Katanya,"kalau rumah aku kena bom aku nak kamu bawak anak-anak aku balik Malaysia. Ajar dia mengaji al-Quran. Aku nak dia jadi orang yang selamat". Sedihnya...Rasa sebak di dada bila tengok muka miss tadi...Selamatkan Bumi Jordan ya Allah...Sekarang tentera Amerika dah mencecah 200 orang di utara Mafraq (sempadan Jordan-Syria)..Raja Jordan dah mula 'naik angin' miss kata tadi tapi x tau lah sejauh mana semua ni akan berlarutan...

Sama-samalah kita doakan Bumi Jordan dan seluruh
isinya dalam lindungan Allah... ::


Kononnya, tentera Amerika hntr 200 tentera utk pihak Jordan. Sebenarnya mereka juga ada niat jahat. Sekarang, Raja Jordan naik angin. Bila kami tanya rakyat Jordan, mereka cakap benda ni hanya khabar angin semata-mata. Kawan aku cuba bertanya perkembangan berkaitan hal ini dgn doctor ( pensyarah )  juga pemandu teksi. Jawapannya tetap sama. “Ma fii harb.”
Pihak Education Malaysia Jordan ( EMJ ) sedang cuba mengemaskini data-II pelajar sini. BKAN setiap negeri  pun tgh sibuk mengumpul mklumat. Barisan kepimpinan menasihati agar kami menyimpan dokumen-II yg penting n brg-II yg penting di satu tmpat supaya kalau ada apa-II senang nk bwk blk.
Setakat ni, berita aku dapat adalah, bom telah di jatuh kan di Sarhan, utara Jordan. It’s mean sempadan Syria-Jordan. Dan ianya juga membawa maksud di Mafraq. It’s it ? Kereta kebal dah masuk dlm 10 buah. Allah. Sekarang ni, kami hanya mampu berdoa agar peperangan ini tak terjadi. Moga Allah melindungi kami. Aku tak kisah sangat kalau kami kena balik n datang Jordan balik. Yang aku sangat runsingnya, kalau ditakdirkan macam pelajar Malaysia yg bljr kat Syria. Mereka terpaksa smbg pengajian mereka kat sini disebabkan perang di Syria.

##Berita ini tidak disampaikan kepada family di Malaysia kerana dikhuatiri mereka sgt bimbang.

:: kami disini ( Jordan ) memohon tembakan doa agar peperangan ini tak terjadi. CANCEL !! . sama-II berdoa. ::


_it’s come with love. Cahaya Perasaan tak berani nk bgtau family psl ni.Ottokeyy._

Friday, January 4, 2013

~Adil bagi kita~



Allah itu maha adil. Dia hanya nak tau sejauh manakah ketaatan hamba2NYA terhadapNYA. Maka, ‘aadi bagi hambanya menerima ujian darinya. Ujian dr Allah? Samaada dia uji kita dengan kesenangan atau kesusahan.

Mana lebih selesa? Ujian melalui kesenangan atau kesusahan?

Semuanya sama sahaja.

Macam aku, alhamdulillah lepas ke kuliah pada fasa depan ni. Ada lah pro n kontra nya. Pro nya, aku dapat ambik 4 madah dan boleh singkatkan tempoh pengajian, In Shaa Allah. Juga duit aku, bayar hanya untuk sakan dan madah je, In shaa allah. Kontranya, boleh ke aku sesuaikan dengan 4 madah tu? Tmbh2 pula, dlm bahasa asing(arab). Maklum saja aku ni bukan jenis yang study zaman muda dulu2 (ehem).

Ramai cakap untung aku blh ke kuliah terus. Em, untung pun untung jugak. Kawan aku, ramai yang masih di alam Markaz Lughah(ML) + kuliah. Kat sini kontra nya, akan keluar banyak duit pada fasa depan. Nak bayar yuran sakan, jami’ah, ML, n yg duk mutaqaddim tu kena byr utk 2 madah. Tapi, diorang blh sesuaikan diri diorang dengan kuliah.

Walaupun begitu, ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya. Takdir yang tertulis, hanya Allah je yang tahu. Disini, kita merancang jalan hidup kita. Disana juga, Allah merancang perjalanan hidup hamba2 nya kerana dia tahu apa yang terbaik buat hamba2 nya. Allah adalah sebaik-baik perancang dalam segala hal.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangggupannya.”  [ 2 : 286 ]

Ya Allah, iringi jalan jihad kami dengan keberkatan, kerahmatan dan kerezkian. Permudahkan segala urusan kami. 

أللهمّ اجعلنا من الناجحين والفائزين في كلّ الامتحان في كلّ مكان في كلّ زمان في الدنيا والأخيرة 

أللهم انصر الاسلام والمسلمين في فلسطين في عراق في سوريا في كلّ مكان في كلّ زمان


Saturday, December 29, 2012

_Allah Maha Adil_



--->Bagi jiwa-jiwa yang merasakan kehidupannya sentiasa kelam dan muram hingga menjadikan matanya silau melihat kehidupan.
--->Bagi jiwa-jiwa yang sering kecewa dengan dosa-dosa semalam dan ragu-ragu menghadapi hari esok.
Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada pun satu episod daripada kehidupan kita melainkan yang sudah diketahui oleh Allah, bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Al Hadid, 57:21)
Bahkan Allah yang mengatur kehidupan kita itu Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan pencipta yang telah menentukan skrip dalam setiap episod hidup kita itu ialah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bahkan ketika kita berdoa mengadu dan membongkarkan segala kelemahan diri, Allah lebih mengetahui segala kelemahan kita samada yang zahir dan tersembunyi. :)
Ketika kita bermunajat mengadu dan memohon keampunan akan dosa dan kesalahan kita, Allah berkata “Aku tidak peduli”. Ya, Allah tidak peduli bahkan tetap akan diampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa kita memenuhi seantero dunia.
Daripada Anas r.a berkata : "Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula." (Hadis riwayat Tirmizi)

Ketahuilah, setiap keluhan jiwa kita, setiap luka-luka dihati kita dan setiap titisan air mata yang kita tumpahkan semuanya dalam ilmu dan perhitungan Allah, bahkan Allah begitu kasihkan hamba-hambaNya lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah kunci kebahagiaan jiwa, kelapangan dada serta kejernihan hati dan fikiran. Disinilah letaknya kebahagiaan hakiki, bukan pada kemudaan yang akan meninggalkan kita, harta yang akan berkurangan atau apa saja yang bersifat SEMENTARA.
Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui bahawasanya kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.
Pernahkan kita terfikir, kenapa orang Melayu, Cina, dan India ni, lain rupa, sifat etc? Jika kita lihat, orang kafir lebih maju dari orang Islam. Apa hikmah disebalik itu? Sesungguhnya tiap yang diciptakan oleh Allah itu, tersembunyi hikmahnya. Jika kita tak memperoleh sesuatu yang diinginkan sekarang, mungkin di kemudian hari kita akan mendapat sesuatu yang lebih besar lagi.. Wallahu'alam..
Cahaya Perasaan sekadar berkongsi ilmu.. Kalau ada kesalahan, tegur2 lah ye.. 
_it comes with love_ <3>

Monday, November 5, 2012

SUNGGUH, AKU TK TRFIKIR . . .

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia(hak3.gelak.tgolek)..

Berada di Jordan ni, byk bnda yg aku pelajari dan yg plg penting..
Sebelum ni, betul-betul aku tk tpikir perkara berkenaan kahwin..
Tp, bile dk sini ramai pulak yg b'ckp mgnai hal itu..
Tidak ak nafikan masa dk Mlysia sblum ni pun, ade je kwn ak yg bckp psl kahwin ni.
Tp, xlah seserius bile ak dk sini..
Macam kahwin tu, satu kpluan biler dk sini..
Aku rasa pelik, tp kalau dh Allah ttpkn nk buad cmner.
Cuma, ntah.. lalalalalalala~~
Ade sorang kakak ni, dy cakap walaupun kter tk nk khwin lg skrg
kiter dh blh start bdoa kpd Allah dkurniakn suami yg soleh n etc..
Memang benar2 ak xambl pduli hal ni..
Sebab ak bpgang pd kata2, jodoh, pertemuan, ajal&maut dtntukn Allah
Tp ak lupa bhwsanya, kte kena b'usaha..
Ada betulnya juga kata2 kakak tu..

hhmm.. tP skrg, ak hnya fikir nk bls balik apa yg parents ak dh bg..
Terlalu byk yg mrka berikan kpd ak..
Ak blh smpai n bljr kt Jordan ni pon, ats pnat lelah mereka..
Allah, ampunilah sgala dosa kdua ibubpaku..
Sesungguhnya mereka t'lalu byk bkorban utk kami adk brdik..
Pindahkan dosa2 mereka ke bahu ak Ya Allah..
Pindahkan pahala2 ak kpd mereka. Ak rela, Ya Rahman.

_Cahaya Perasaan syg semua, family is my priority :P_ <3 family..="family.." my="my" p="p">Wahai bayu, smpaikan rasa rindu ini..
Wahai hati, sabar itu indah.. Semoga kesabaran itu, ada kemanisannya.
InsyaAllah~

Sunday, October 28, 2012

1st time msk paper. bangga~

assalamualaikum~
'smbil myelam, minum air.'
sesuai dgn gmbr ni..
dk tolong agih2 daging k ore syria, ph msk paper gmbr kitoe.
hhhmm.
ce tgk..


bangga smeta~