About Me

My photo
berada di atas tanah bawah langit ~ ciptaan Allah yg maha esa

Wednesday, September 10, 2014




Catatan kecil si musafirah .
Alhamdulillah .Berpeluang melawat Istana Raja Farouq di Taman Al-Muntazah, Alexandria, Mesir . Sedikit sejarah berkenaan Raja Farouq :-


Baginda adalah cucu lelaki kepada Muhammad Ali Pasha dari keturunan Albania. Ibunya rakyat Mesir. Raja Farouk belajar di Akademik Tentera DiRaja, Woolwich, England.Selepas pertabalannya, raja yang berusia 16 tahun itu membuat ucapan di radio, dengan itu menjadi raja Mesir pertama yang berucap secara langsung kepada rakyatnya.

Raja Farouk I yang masih remaja ini hanyut dengan kehidupan yang mewah. Walaupun mempunyai beribu-ribu ekar tanah, berdozen-dozen istana, dan beratus-ratus kereta, beliau tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Malah, beliau sering melancong ke Eropah untuk membeli-belah.

Ketika kesukaran semasa Perang Dunia II, Raja Farouk I kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Keputusan Raja Farouk I untuk menyalakan kesemua lampu istananya di Alexandria, manakala rakyat lain diperintah untuk memadam semua semua lampu ketika pengeboman tentera Itali-Jerman, telah menyebabkan beliau dibenci oleh rakyat jelata. Akibat penerusan penjajahan British, ramai rakyat Mesir termasuk Raja Farouk I mahu berpihak kepada Jerman dan Itali. Namun begitu Mesir kekal menyebelahi Britain.
Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab-Israel 1948, Raja Farouk I telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser . Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan.

Raja Farouk 1 terpaksa turun takhta dan disingkirkan ke Monaco, dimana Raja Farouk 1 tinggal sepanjang hidupnya. Selepas Raja Farouk 1 disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II .
Pemerintahan beraja sebenarnya telahpun dimansuhkan. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi. Dinasti Muhammad Ali selama 150 tahun berakhir. Mesir diistiharkan sebagai sebuah kerajaan republik. Pemerintahan baru dengan segera melelong koleksi harta peninggalan dan harta dicuri yang banyak.

No comments:

Post a Comment