Allah itu maha adil. Dia hanya nak tau sejauh manakah
ketaatan hamba2NYA
terhadapNYA. Maka, ‘aadi bagi hambanya menerima ujian darinya. Ujian dr Allah?
Samaada dia uji kita dengan kesenangan atau kesusahan.
Mana lebih selesa? Ujian melalui kesenangan atau kesusahan?
Semuanya sama sahaja.
Macam aku, alhamdulillah lepas ke kuliah pada fasa depan ni.
Ada lah pro n kontra nya. Pro nya, aku dapat ambik 4 madah dan boleh singkatkan
tempoh pengajian, In Shaa Allah. Juga duit aku, bayar hanya untuk sakan dan
madah je, In shaa allah. Kontranya, boleh ke aku sesuaikan dengan 4 madah tu? Tmbh2
pula, dlm bahasa asing(arab). Maklum saja aku ni bukan jenis yang study zaman
muda dulu2 (ehem).
Ramai cakap untung aku blh ke kuliah terus. Em, untung pun
untung jugak. Kawan aku, ramai yang masih di alam Markaz Lughah(ML) + kuliah.
Kat sini kontra nya, akan keluar banyak duit pada fasa depan. Nak bayar yuran
sakan, jami’ah, ML, n yg duk mutaqaddim tu kena byr utk 2 madah. Tapi, diorang
blh sesuaikan diri diorang dengan kuliah.
Walaupun begitu, ketentuan Allah ada hikmah disebaliknya.
Takdir yang tertulis, hanya Allah je yang tahu. Disini, kita merancang jalan
hidup kita. Disana juga, Allah merancang perjalanan hidup hamba2 nya kerana dia
tahu apa yang terbaik buat hamba2 nya. Allah adalah sebaik-baik perancang dalam
segala hal.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesangggupannya.” [ 2 : 286 ]
Ya Allah, iringi jalan jihad kami dengan keberkatan,
kerahmatan dan kerezkian. Permudahkan segala urusan kami.
أللهمّ اجعلنا من
الناجحين والفائزين في كلّ الامتحان في كلّ مكان في كلّ زمان في الدنيا والأخيرة
أللهم انصر الاسلام والمسلمين في فلسطين في عراق
في سوريا في كلّ مكان في كلّ زمان
No comments:
Post a Comment